Saturday, August 21, 2010

KAWAN ATAU KENALAN ?

APA ITU KAWAN ?
APA ITU KENALAN ?
ZAHIRNYA SAMA,
NAMUN BATINNYA BERBEZA.

KAWAN
SANGGUP BERKORBAN DEMI KITA,
MENANGIS DENGAN KITA,
KETAWA DENGAN KITA,
BILA KITA JATUH KAWAN BANGUNKAN,
BILA KITA TERSASAR KAWAN PANDUKAN,
BILA KITA KEGELAPAN LILIN KAWAN HIDUPKAN.

KENALAN
YANG DASARNYA KITA KENALI,
TAK MUSTAHIL SENTIASA DI SISI,
NAMUN PUNYA MUSLIHAT TERSENDIRI,
KETAWA DENGAN KITA, MENANGIS HILANG ENTAH KE MANA,
BERSENANG DENGAN KITA, BERPAYAH KENALAN TIADA MAKNA,
TATKALA KITA DI ATAS, KENALAN BAIK TAK TERBATAS,
NAMUN PABILA KITA TERHEMPAS, KENALAN TINGGALKAN HAMPAS.

HARI INI CUBA KITA SELIDIKI,
KAWANKAH INI?
ATAU KENALANKAH INI?
MARI KITA TELITI TANYA DIRI,
NIAT BAIKKAH DIHATI?
ATAU ADA YANG TERSEMBUNYI?


4 comments:

  1. salam

    berkawan biar seribu..

    tetapi sukar mencari sahabat dalam seribu kawan..

    ReplyDelete
  2. saya setuju sangat.. tak semua kawan kita boleh menjadi sahabat.
    namun sahabat juga tidak semestinya menjadi seseorang yang boleh dipercayai kerana namanya pun manusia dan manusia boleh berubah dari sehari ke sehari

    ReplyDelete
  3. betul tu..walaupun kita sememangnya akan mengalami perubahan mudah-mudahan perubahan kita adalah ke arah kebaikan...insyallah

    ReplyDelete
  4. salam...

    kawan atau kenalan...?
    biarlah kawan tikam kawan....yang penting jangan tikam dengan pisau..

    atau yang paling penting ialah diri kita sendiri...biarlah kita jujur dalam persahabatan..,muhasabah diri..dan walaupun akhirnya kawan pergi meninggalkan kita...

    berkawan biar seribu..,tetapi jangan mudah ditipu..
    Wasalam...

    ReplyDelete