Friday, October 15, 2010

Pemerengganan dan Teknik Menstruktur Idea - Mencari Dinamik Politik Kampus.


AYAT TESIS.
Fenomena ‘the angry young man’ atau golongan muda yang marah-marah adalah satu keadaan yang biasa berlaku dalam mana-mana negara di dunia. Fenomena ini menyaksikan bagimana golongan muda yang vocal dan lantang dalam menyatakan pendirian mereka. Tindakan secara agresif dalam meyuarakan pandangan ini juga memperlihatkan sifat mereka yang idealis. Hal ini juga dibantu dengan tahap pendidikan dan akses maklumat yang mereka peroleh.

AYAT TOPIK.
Sudut Pidato yang kini dibenarkan semula pelaksanaannya di semua kampus adalah gelanggang perdana kepada pelajar untuk menyatakan pandangan terhadap sesuatu isu.

KEDUDUKAN AYAT TOPIK.

 Perenggan deduktif.
Sudut Pidato yang kini dibenarkan semula pelaksanaannya di semua kampus adalah gelanggang perdana kepada pelajar untuk menyatakan pandangan terhadap sesuatu isu. Namun, saya berpendapat gaya pengucapan untuk Sudut Pidato tidaklah perlu terikut atau terikat denagn gaya pidato atau debat seperti dalam pertandingan . Gaya yang bersahaja juga santai tetapi membawa isu yang bernas dan berasas juga boleh diterima.

 Perenggan induktif.

Dalam hal ini, sukar untuk kita membayangkan pemilihan MPP tanpa suara lantang daripada pelajar. Bagaimanapun kelantangan itu tidaklah sampai ke tahap pertembungan yang boleh mengancam keselamatan awam apatah lagi negara. Yang ada hanyalah pertembungan idea dan pemikiran.

 Perenggan deduktif kompleks.

Bagaimanapun, saya percaya pelaksanaan pemilihan MPP boleh diperkemaskan dari semasa ke semasa supaya ia mencapai kualiti yang tidak boleh diragui. Pihak university wajar mengambil iktibar dan jalan untuk memperbaiki kelemahan jika ada. Seperti pandangan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah bahawa proses demokrasi di kampus, misalnya wajar menjadi contoh kepada pilihan raya umum kerana ia berlangsung dalam ‘gedung ilmu’. Kualiti pemilihan MPP jelasnya mesti tidak boleh rendah daripada pilihan raya umum.

PERENGGAN PENGENALAN.
Menggunakan teknik Ungkapan dan Falsafah.
Fenomena ‘the angry young man’ atau golongan muda yang marah-marah adalah satu keadaan yang biasa berlaku dalam mana-mana negara di dunia. Fenomena ini menyaksikan bagimana golongan muda yang vocal dan lantang dalam menyatakan pendirian mereka. Tindakan secara agresif dalam meyuarakan pandangan ini juga memperlihatkan sifat mereka yang idealis. Hal ini juga dibantu dengan tahap pendidikan dan akses maklumat yang mereka peroleh.

PERENGGAN PENUTUP.
Sudah tiba masa perjuangan dan gerakan pelajar wajar disorot melampaui horizon pemilihan MPP. Jika ia berlaku, kita mampu membangunkan kedinamikan politik kampus yang mempunyai potensi lebih besar. Mungkinkah ini satu inovasi yang perlu dilaksanakan?

CIRI-CIRI PERENGGAN YANG BAIK.

 Kepautan.
Selepas sekian lama menggunakan kaedah manual dalam melaksanakan pemilihan MPP, penggunaan e-undi di UM dilihat sesuatu yang amat baru dan menarik perhatian banyak pihak. Isu seperti keyakinan kepada sistem, ketelusan pemilihan dan undi adalah rahsia pengundi menjadi topik utama yang dibahaskan.

 Kejelasan.
Pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sendiri bersedia menerima apa jua pandangan bagi memantapkan pelaksaan pemilihan MPP. Menteri juga sudah menyatakan kesediaannya untuk menerima mana-mana memorandum daripada pelajar asalkan ia dikemukakan dengan tertib dan aman.

 Kesatuan.
Pendidikan demokrasi seperti ini harus ditanam dan dilestarikan supaya pelajar boleh menjadi warganegara yang baik, bertanggungjawab dan budiman. Lebih penting mereka menghormati, mempercayai dan menghargai demokrasi itu sendiri.

TEKNIK PENSTRUKTUR IDEA.

 Teknik Definisi.
Fenomena ‘the angry young man’ atau golongan muda yang marah-marah adalah satu keadaan yang biasa berlaku dalam mana-mana negara di dunia.

 Teknik Sebab dan Akibat.
Saya pasti label seperti ini tidak wajar diteruskan apatah lagi calon yang bertanding adalah atas tiket individu. Ia juga tidak melambangkan semangat 1Malaysia seperti yang digagaskan oleh Pendana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

 Teknik Analisis.
Mungkin sedikit mengecewakan ialah pemilihan MPP kali ini masih menyaksikan label diberikan kepada calaon yang bertanding. Label seperti proaspirasi dan promahasiswa sebenarnya tidak banyak membantu kepada perkembangan pendidikan politik kepada pelajar. Sebaliknya, ia hanya menambahkan lagi tahap polarisasi di kalangan pelajar di kampus. Jika sebelum ini pelajar dikatakan bersosial dalam lingkungan rakan etnik yang sama saja, label seperti proaspirasi dan promahasiswa ini dikhuatiri menjarakkan lagi rataian sosial antara mereka.

Thursday, October 14, 2010

Ulasan Filem - Zoo.


Zoo merupakan sebuah filem yang diarahkan oleh Azhari Mohd Zain dan David Teo sebagai penyuntingnya. Antara pelakon-pelakon yang membarisi filem ini termasuklah Mazlan Pet Pet, Lisa Surihani, Bob Lokman dan Azlee Senario. Filem ini telah ditayangkan di pawagam pada awal Julai tahun ini.

Filem yang bergenre komedi fantasi ini mengisahkan seorang jejaka,Ad yang sangat meminati dan menyayangi haiwan telah mendapat pekerjaan sebagai seorang pengawal keselamatan di Zoo Negara. Beliau berasa lucu, apatah lagi ingin mempercayainya apabila diberitahu pengawal-pengawal keselamatan sebelum beliau telah berhenti bekerja kerana mendakwa haiwan-haiwan di zoo itu boleh bercakap. Namun pada hari pertama beliau bekerja di situ, beliau amat terkejut apabila mendapati haiwan-haiwan tersebut benar-benar boleh bercakap. Terdapat banyak insiden lucu yang berlaku seperti gajah, zirafah, singa dan monyet bercakap dan menegur beliau. Haiwan-haiwan tersebut juga seperti mahu bergurau dengan beliau.

Keesokan harinya, beliau menceritakan kepada bos dan pekerja-pekerja yang lain mengenai insiden haiwan-haiwan di zoo itu bercakap. Namun, kata-kata beliau tidak dipercayai oleh mereka.

Pada suatu hari, mereka telah digemparkan dengan berita kehilangan haiwan-haiwan eksotik di zoo tersebut. Ad, sebagai pengawal keselamatan di situ telah dituduh bersubahat dalam kes kehilangan haiwan-haiwan tersebut. Beliau berasa sedih dan terkilan apabila bosnya mempercayai tuduhan tersebut dan telah memberikan beliau surat amaran. Dalam masa yang sama juga, dua haiwan kesayangan beliau telah dicuri oleh penjenayah yang sama.

Demi mendapatkan kembali haiwan-haiwan kesayangan beliau itu serta memebersihkan nama baik beliau, beliau telah meminta pertolongan dari haiwan-haiwan di zoo itu untuk menyiasat siapakah penjenayah yang terlibat dalam kes kehilangan haiwan-haiwan eksotik ini. Beliau juga percaya bahawa terdapat dalang dalam kes ini.

Keadaan menjadi semakin parah apabila kehilangan haiwan-haiwan eksotik itu semakin menjadi-jadi. Persoalannya, siapakah dalang yang melakukan jenayah ini dan siapakah pula penjenayahnya. Dapatkah Ad mendapatkan kembali haiwan-haiwan kesayangan beliau dan membersihkan nama baiknya yang telah tercemar itu?.

Filem ini sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat. Nilai-nilai baik diterapkan dalam filem ini yang wajar dicontohi dan diteladani oleh kita semua. Antara pengajaran yang dapat kita ambil dari filem ini ialah kita harus kental dan gigih menyelesaikan masalah walaupun telah jatuh berkali-kali. Selain itu, kita juga harus beringat bahawa setiap perbuatan buruk pasti ada balasannya walaupun mempunyai niat baik. Setiap tindakan yang kita ambil haruslah dilaksanakan dengan cara yang betul.