Tuesday, August 31, 2010

~MERDEKA~1Malaysia Menjana Transformasi


















Tanggal 31 Ogos 2010, genaplah 53 tahun Malaysia merdeka. Yeah! . Marilah kita sama-sama memanjat kesyukuran dan juga sama-sama menjaga kedaulatan tanah tumpah darah kita ini.

Sempena Hari kemerdekaan ni, banyak lagu2 patriotik diputar oleh DJ radio.
Antara lagu yang paling aku suka dengar ialah lagu ni...Karamnya Bahtera Merdeka..

Bonda senyum riang
Menerima bahtera Merdeka
Putra putri sayang
Putra putri sayang
Sedang berjuang

Fajar telah tiba
Nan menyinsing membawa harapan
Tanah Semenanjung
Tanah Semenanjung
Pusaka Bangsa

Jiwa dan raga
Buktikanlah pada nusa bangsa
Supaya negara maju jaya
Aman Merdeka

Duhai ibu pertiwi
Putra putri datang sujud bakti
Ingin menunaikan
Ingin menunaikan
Sumpah dan janji

Teringat dulu masa zaman sekolah rendah, apabila tiba sambutan Hari Kemerdekaan di sekolah, akan adalah persembahan dari pelajar2. Dalam satu kumpulan tu mesti berbilang kaum, melayu, cina n india.....lepas tu pula setiap kaum akan pakai baju tradisional masing2. Melayu pakai baju melayu/baju kurung, cina pakai samfu/cheongsam dan india pakai dhoti/sari untuk melambangkan kaum masing2...kemudian nyanyilah lagu patriotik ramai2. kadang2 ada juga kumpulan yang agak kreatif sikit, akan mengibarkan jalur gemilang dalam persembahan mereka.

Bila ingat balik seronok rasanya. Semua bangsa bersatu dan bekerjasama antara satu sama lain. Harap2 keintiman antara satu2 bangsa ni akan tetap teguh sampai bila2. Insyallah. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh!

Akhir sekali, nak ucap Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke-53 tahun ini. MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! (wahh,ala2 YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj gitu..)

Sunday, August 29, 2010

~19 RAMADHAN~

Disebabkan terlalu sibuk dengan mid-semester exam sampai tak sedar pun hari ni dah 19 ramadhan. tengah-tengah duk belek nota mikroekonomi tadi mak telefon...

mak: assalamualaikum. tak ingat ke hari ni hari apa?

aku yang memang dah boleh agak motif mak telefon selamba je jawab..
aku: hari ni 19 ramadhan ye?

hehe,apa yang istimewa sangat 19 ramadhan ni sampai mak telefon tanya hari ni hari apa. hmm,tiap2 tahun 19 ramadhan aku tak pernah lupa pun malah sangat2 menunggu. tapi tahun ni.huhu,sibuk sangat kot...

20 tahun yang lepas lahirlah seorang puteri kepada en shamsuddin dan puan halimatun saadiah..haha,inilah aku....aku lahir dalam bulan ramadhan..kira 10 hari juga lah mak aku kena ganti puasa gara-gara aku..hehe...takpe lah mak..banyak pahalanya...haha

anyway, nak berterima kasih kat mak banyak2 sebab dah lahirkan aku kat dunia ni....terima kasih mak!

Saturday, August 28, 2010

~MASALAH..MASALAH..~

hmm, masalah datang lagi..hidup ni memang takboleh bpisah dari masalah..sat masalah dgn kawan, sat masalah ngan study..hmm,bila lah nk settle semua ni..dpt cuti,leh balik kampung pun masalah..masalah pasal duit pulak..ada tu memang lah ada..tapi dah makin sikit kot...lebih kurang 4 bulan lagi kat sini, duit makin sikit..macam mana nk survive akhir2 kang..hmmm....

tambah pulak masalah ngan kawan2 ni..masa ni jugak lah korang nk buat hal kan...aduhh...apa lah salah aku sampai korang buat macam ni? aku ni memang patut dilupakan ke? aku memang tak patut tau ke apa2 perkara yang korang buat? haih, tak paham aku, aku cuba untuk cari mana salah aku...kalau betul aku salah, tell me please...tolong jangan senyap2 macam ni..gangguan emosi kot..haih

sedihnya hati aku tuhan saja yang tahu..nasib baik ada jugak tempat nk mengadu...anyway, thanks for that my friend..walaupun kadang2 aku ni emo tak tentu pasal..kau tetap layan n bagi advice gak kat aku yg tak berapa nak matang ni..hahah(sedar diri rupanya aku ni)...takpe lah apa pun mereka nak buat pada aku, aku tahu semua ni untuk mematangkan aku jugak..insyallah, one day aku akan paham kenapa dan mengapa mereka buat begini pada aku....

Saturday, August 21, 2010

KAWAN ATAU KENALAN ?

APA ITU KAWAN ?
APA ITU KENALAN ?
ZAHIRNYA SAMA,
NAMUN BATINNYA BERBEZA.

KAWAN
SANGGUP BERKORBAN DEMI KITA,
MENANGIS DENGAN KITA,
KETAWA DENGAN KITA,
BILA KITA JATUH KAWAN BANGUNKAN,
BILA KITA TERSASAR KAWAN PANDUKAN,
BILA KITA KEGELAPAN LILIN KAWAN HIDUPKAN.

KENALAN
YANG DASARNYA KITA KENALI,
TAK MUSTAHIL SENTIASA DI SISI,
NAMUN PUNYA MUSLIHAT TERSENDIRI,
KETAWA DENGAN KITA, MENANGIS HILANG ENTAH KE MANA,
BERSENANG DENGAN KITA, BERPAYAH KENALAN TIADA MAKNA,
TATKALA KITA DI ATAS, KENALAN BAIK TAK TERBATAS,
NAMUN PABILA KITA TERHEMPAS, KENALAN TINGGALKAN HAMPAS.

HARI INI CUBA KITA SELIDIKI,
KAWANKAH INI?
ATAU KENALANKAH INI?
MARI KITA TELITI TANYA DIRI,
NIAT BAIKKAH DIHATI?
ATAU ADA YANG TERSEMBUNYI?